Istana Negara, Jakarta
Istana Negara, Jakarta

Istana Negara, Jakarta

Istana Negara merupakan suatu kediaman besar terletak di Jalan Veteran, Jakarta Pusat. Istana Negara juga terletak satu kompleks dengan Istana Merdeka yang letaknya di bahagian selatan Istana ini. Dengan total luas keseluruhannya mencapai 68,000 m², kompleks ini meliputi 3 bangunan penting lainnya seperti Bina Graha, Wisma Negara, dan kantor Kementerian Sekretariat Negara Republik Indonesia. Yang menjadi perbedaan antara kedua Istana ini iaitu Istana Negara menghadap ke arah Jalan Veteran, sedangkan Istana Merdeka menghadap ke arah Medan Merdeka.[1]Bangunan ini menjadi tempat pelangsungan acara-acara yang bersifat kenegaraan antara lain seperti pelantikan para penjawat (atau pejabat) tinggi negara, pembukaan musyawarah dan rapat kerja nasional, kongres bersifat kebangsaan dan antarabangsa, serta jamuan bersifat kenegaraan.

Istana Negara, Jakarta

Lokasi Jalan Veteran, no. 17, Jakarta Pusat, Indonesia
Gaya seni bina Indische
Pembinaan bermula 1796